Tuesday, September 28, 2010

Sejarah Penubuhan Masjid, Pengenalan dan Pengertian Masjid di Qariah.

TAJUK:
Sejarah penubuhan Masjid Kota Raja dan kegiatan di masjid tersebut.


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


DISEDIAKAN OLEH:
`Atiqah Binti Che Sulaiman
No Matrik : 2009365295
Kumpulan : BMB2Ac 


PROGRAM:
Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian)
Pengurusan Perniagaan
(BMB223)

TARIKH HANTAR:
29 September 2010



Isi Kandungan:
  1.      Isi kandungan
  2.    Abstrak
  3.      Pendahuluan
  4.     Istilah Masjid Mengikut Pelbagai Pandangan
  5.     Pengenalan Masjid Kota Raja dan peranannya
  6.   Pengertian Masjid
  7.     Kelebihan Masjid
  8.     Fungsi dan Peranan Masjid
  9.  Kesimpulan dan Penutup
  10.   Bibliografi








Abstrak:

          Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat serta majlis keagamaan yang lain. Masjid atau dengan erti kata lain bermaksud tempat untuk bersujud. Masjid terawal yang telah dibina ialah pada zaman Rasulullah s.a.w. dimana baginda telah membina Masjid Quba. Konsep terawal masjid adalah tempat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Namun begitu dari masa ke semasa ia merubah kepada banyak fungsi dan peranan dalam menerangkan apakah fungsi sebenar sesebuah masjid dalam Islam serta umat Islam seluruh dunia. Sejarah kewujudan masjid juga dapat dilihat sebagai sebuah tempat penting di Zaman Melayu Melaka dimana, masjid dan juga surau memainkan peranan sbagai pusat pembelajaran dan juga penyebaran agama Islam. Sekali lagi, pengertian sebenar masjid serta peranan masjid memainkan peranan yang penting samada di sesebuah kawasan, penting bagi menjalankan ibadah dan juda pengabdiaan sebagai seorang hamba terhadap penciptaNya. Kesimpulannya, masjid merupakan pembentuk kepada setiap kerohaniaan seseaorang manusia itu.Banyak hikmah dan pahalanya dengan menunaikan sembahyang di masjid serta kita dapat lihat pentingnya adalah dalam menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan kepada kaum lelaki untuk menunaikannya pada setiap hari Jumaat di masjid dan akan terdapat hukumannya jika meninggalkan solat Jumaat sekiranya meninggalkan dengan sengaja atau meninggalkan solat Jumaat melebihi tiga kali. Sesungguhnya agama Islam itu adalah mudah dan senang untuk dipraktikkan dalam diri setiap umat Islam.












Pendahuluan :

          Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianNya dalam menurunkan hidayah dalam menyiapkan kerja yang mana tujuan esei ini ditulis adalah untuk memberikan pengenalan serta pengertian sebenar masjid serta peranan masjid dalam sesuatu masyarakat atau pun orang ramai. Bidang yang akan ditulis adalah mengenai sejarah masjid serta penekanan tentang kewujudan Masjid Kota Raja di Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, peranannya dan lain-lain lagi.
         Skop tulisan adalah berkenaan apakah peranan sesebuah masjid? Apakah keupayaan sesebuah masjid dalam menerapkan nilai-nilai agama di masa kini? Mengapakah kewujudan asal masjid memainkan peranan penting di dalam Islam? Apakah keistimewaannya? Apakah sejarah yang tercatat di masjid tersebut? Pucuk pangkalnya, masjid merupakan satu keistimewaan bagi kita umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Harapan saya agar masjid akan sentiasa diimarahkan dengan suasana atau limpahan kerahmatan dan keberkatan oleh Allah s.w.t terhadap umat Islam terutamanya. Selain itu, semoga kelebihan dan keistimewaan yang ada pada rumah Allah s.w.t ini mampu dilihat sebagai satu tempat yang mendekatkan kita lagi iaitu hubungan di antara hamba dengan penciptaNya.
Setiap amalan yang baik itu akan mendapat hadiahnya dari Allah, serta yang buruk itu juga akan mendapat balasannya. Semoga kewujudan masjid dapat diimarahkan oleh kita umat Islam, dan peranan sesebuah masjid dapat dimainkan dengan sebaiknya.








Masjid dari pelbagai pandangan dan dari segi maknanya.

          Perkataan masjid berasal dari Bahasa Arab iaitu `Masajid` atau dalam bahasa Inggeris iaitu  `Mosque`. Namun begitu, dari bahasa Sepanyol mengatakan yang istilah masjid atau mosque itu datangnya dari perkataan nyamuk atau ‘mosquito’, dimana yang kita tahu bahawa perkataan `mosque’ itu datangnya dari perkataan Sepanyol iaitu `mosquito’ dan diguna pakai semasa Perang Salib di Sepanyol pada kurun ke-15 Masihi. Dibawah pemerintahan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella dimana mereka mengatakan akan menghancurkan rumah ibadat orang Islam seperti menghapuskan nyamuk atau `mosquito’. Namun saya sangkal kesemua ini dengan memberikan pengertian sebenar masjid dari perkataan Arab iaitu masjid (مَسجِد) dan dimana kata dasarnya yang juga berasal dari Bahasa Arab iaitu sajada (سَجَدَ) yang membawa maksud bersujud.



Masjid Kota Raja

Pengenalan Masjid Kota Raja serta sejarah, peristiwa dan peranannya.

          Masjid Kota Raja merupakan satu-satunya masjid besar yand terdapat di Pekan Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah. Masjid Kota Raja ditubuhkan pada 1880 Masihi yang boleh menampung 200 orang jemaah dalam suatu masa. Mengikut imam kelima masjid ini yang menggantikan imam keempat, Tok Haji Hashim, iaitu Imam Haji Yusof Haji Ismail, Masjid Kota Raja mengamalkan tradisi turun-temurun dalam menjawat jawatan imam besar atau imam utama. Uniknya, masjid ini tidak mengamalkan sistem imam kedua, ketiga atau dikenali sebagai imam pelapis bagi menggantikan imam utama. Seperti yang dikhabarkan, negeri Kedah merupakan satu-satunya negeri yang tidak mengamalkan sistem imam pelapis atau seprti dinyatakan diatas. Bagi Masjid Kota Raja, mereka menggunakan jawatan seperti bilal pertama dan bilal kedua dalam menggantikan imam utama sekiranya imam utama tiada dalam mengimamkan sembahyang atau dalam penyampaian ceramah. Selain itu sistem bilal pula hanya diamalkan di negeri Kedah sahaja dan tiada di negeri-negeri lain di Malaysia.
          Imam besar atau utama Masjid Kota Raja, yang juga imam kelima ialah Imam Haji Yusof Haji Ismail yang berkelulusan 4 Sanawi dari Al Madrasah Islahiah, Pokok Sena Kepala Batas, Pulau Pinang ini pernah menjadi seorang pengetua di Madrasah Tauhidul An-Nasihin. Beliau mula memegang jawatan sebagai imam Masjid Kota Raja sejak dari tahun 1972 hinggalah sekarang iaitu hampir 38 tahun. Beliau yang juga merupakan anak kedua dari tujuh adik-beradik yang juga dikurniakan sembilan orang anak dan 33 orang cucu. Salah seorang dari anak beliau juga merupakan seorang imam di masjid yang sama.
Imam Kelima: Imam Haji Yusof Haji Ismail.

         Penyediaan teks ucapan adalah bukan sembarangan untuk digunakan pada setiap kali solat Jumaat. Teks khutbah pada setiap kali solat Jumaat disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri begi mengelakkan dari kesilapan atau apa-apa sumber yang boleh mengelirukan umat Islam. Pada teks ucapan tazkirah Hari Raya Aidilfitri 2010 yang lepas, hampir keseluruhan umat Islam yang hadir mengakui keberkesanan teks ucapan yang disediakan memberi impak yang besar dalam hidup mereka.



 

         Manakala dari segi sumber sumbangan dan derma adalah sederhana, dengan peruntukan RM100 untuk bayaran bil elektrik dan air dari Jabatan Agama Islam dan juga hasil kutipan secara kasar, kutipan empat kali solat Jumaat dalam sebulan hampir mencecah RM1000 lebih dan juga kutipan pada sembahyang Hari Raya Aidilfitri 2010 yang lepas juga mencecah RM 2000 lebih. Ini menunjukkan yang sambutan dalam mengimarahkan Masjid itu masih lagi wujud seperti biasa di Masjid Kota Raja.
Penjelasan beliau mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengadakan kuliah-kuliah dengan menjemput jemputan dari luar atau guru-guru agama sekitar Pekan Kota, waktu-waktu kuliah adalah seperti kuliah Maghrib diadakan hampir pada setiap hari, kuliah Subuh pada hari Jumaat sahaja yang mencakupi kesemua golongan samada yang tua mahupun muda. Selain itu, bersebelahan Masjid Kota Raja terdapat sebuah sekolah tadika yang dinamakan Tadika Kota Kuala Muda yang juga dibawah jagaan Jabatan Agama Islam, Kedah turut menjadi sekolah tadika dibawah kelolaan Masjid Kota Raja. Menariknya, nilai-nilai yang diterapkan di sekolah tadika tersebut adalah berdasarkan dari ajaran agama Islam.
Seperti tajuk yang disediakan untuk esei ini, saya mencatat apa yang diterangkan oleh Imam Haji Yusof berkenaan pengertian masjid serta dalil-dalil atau hadis-hadis serta peranan dan fungsi masjid itu sendiri kepada umat Islam masa kini. Berikut merupakan hasil dari temuduga saya bersama beliau.



Pengertian Masjid :
Beliau menerangkan berkenaan ayat seperti berikut:
Berdasarkan petikan dari ayat dari Surah At Taubah 9:108 iaitu:
“ Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut yakni kepada sesiapa pun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Masjid bererti tempat untuk bersujud dan dari terminologinya masjid adalah tempat beribadah bagi umat Islam, khususnya dalam kewajipan mendirikan solat lima waktu secara berjemaah dan tempat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Masjid juga disebut sebagai Baitullah iaitu rumah Allah juga didirikan adalah sebagai tempat untuk mengabdikan diri melalui ibadah kepada Allah s.w.t. Seperti kisah atau sejarah Islam dimana sewaktu peghijrahan dari Mekah ke Madinah ditemani sahabat baginda Saindina Abu Bakar, Rasulullah s.a.w. melewati daerah Quba ddan disana baginda telah mendirikan masjid pertama sejak kerasulannya iaitu Masjid Quba.

Kelebihan masjid :

Penerangan yang lebih lanjut berkenaan masjid terawal iaitu Masjid Quba yang telah didirikan pada hari Isnin, 8 Rabiulawwal bersamaan 23 September. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadim. Pada hari pertama itulah Rasulullah s.a.w. terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah s.a.w. sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya. Selesai sahaja pembinaan Masjid Quba, Rasulullah s.a.w. mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu. Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Sebagaimana Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.
Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

Ternyata kelebihan masjid itu sendiri mampu memberikan impak yang besar bagi setiap umat Islam tidak kira dari bila zaman dan eranya.

          Fungsi Masjid paling utama adalah sebagai tempat melaksanakan ibadah shalat berjama’ah. Kalau kita perhatikan, shalat berjama’ah adalah merupakan salah satu ajaran Islam yang pokok, sunnah Nabi dalam pengertian muhaditsin, bukan fuqaha, yang bermakna perbuatan yang selalu dikerjakan beliau. Ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang shalat berjama’ah merupakan perintah yang benar-benar ditekankan kepada kaum muslimin. 

Abdullah Ibn Mas’ud r.a. berkata: “Saya melihat semua kami (para shahabat) menghadiri jama’ah. Tiada yang ketinggalan menghadiri jama’ah, selain dari orang-orang munafiq yang telah nyata kemunafiqannya, dan sungguhlah sekarang di bawa ke Masjid dipegang lengannya oleh dua orang, seorang sebelah kanan, seorang sebelah kiri, sehingga didirikannya ke dalam shaff.” (HR: Al Jamaah selain Bukhory dan Turmudzy). 

Ibnu Umar r.a. berkata: “Bersabdalah Rasulullah s.a.w.: “Solat berjama’ah melebihi shalat sendiri dengan dua puluh tujuh derajad.” (HR: Bukhory dan Muslim). 

          Sebenarnya, inti dari memakmurkan Masjid adalah menegakkan solat berjama’ah, yang merupakan salah satu syiar Islam terbesar. Sementara yang lain adalah pengembangannya. solat berjama’ah merupakan indikator utama keberhasilan kita dalam memakmurkan Masjid. Jadi keberhasilan dan kekurang-berhasilan kita dalam memakmurkan Masjid dapat diukur dengan seberapa jauh semangat umat Islam dalam menegakkan solat berjama’ah. Meskipun fungsi utamanya sebagai tempat menegakkan solat, namun Masjid bukanlah hanya tempat untuk melaksanakan solat saja. Di masa Rasulullah s.a.w., selain dipergunakan untuk solat, berzikir dan beri'tikaf, Masjid bisa dipergunakan untuk kepentingan sosial. Misalnya, sebagai tempat belajar dan mengajarkan kebajikan (menuntut ilmu), merawat orang sakit, menyelesaikan hukum li'an dan lain sebagainya. 

          Dalam perjalanan sejarahnya, Masjid telah mengalami perkembangan yang pesat, baik dalam bentuk bangunan maupun fungsi dan perannya. Hampir dapat dikatakan, dimana ada komuniti muslim di situ maka akan wujudnya Masjid.  Disamping menjadi tempat beribadah, Masjid telah menjadi tempat berkumpul, menuntut ilmu, bertukar pengalaman, pusat dakwah dan lain sebagainya. 

Banyak Masjid didirikan umat Islam, baik Masjid umum, Masjid di Sekolah, Masjid di pejabat, Masjid Kampus mahupun yang lainnya. Masjid didirikan untuk memenuhi hajat umat, khususnya memenuhi kerohanian, guna mendekatkan diri kepada Pencipta-nya. Tunduk dan patuh mengabdi kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Masjid menjadi tambatan hati, pelabuhan pengembaraan hidup dan tenaga kehidupan umat. 

Utsman Ibn ‘Affan r.a. berkata: “Rasul s.a.w. bersabda: Barangsiapa mendirikan karena Allah suatu Masjid, niscaya Allah mendirikan untuknya seperti yang ia telah dirikan itu di Syurga.” (HR: Bukhori & Muslim). 

Fungsi dan peranan masjid : 

Peranan dan fungsi masjid  mampu mempengaruhi dalam kehidupan umat Islam, di antaranya adalah seperti berikut, 
1. Sebagai tempat beribadah. 

Sesuai dengan namanya Masjid adalah tempat sujud, maka fungsi utamanya adalah sebagai tempat ibadah atau terutamanya ialah mendirikan solat. Sebagaimana diketahui bahawa makna ibadah di dalam Islam adalah subjektif  yang merangkumi semua aspek-aspek kehidupan yang mana untuk mendapat keredhaan dari Allah s.w.t, maka disamping fungsinya sebagai tempat menunaikan solat ia  juga  merupakan sebagai tempat beribadah secara terbuka sesuai dengan ajaran Islam. 

2. Sebagai tempat menuntut ilmu atau madrasah. 

Masjid berfungsi sebagai tempat untuk belajar mengajar, dan khususnya dalam menyampaikan ilmu agama yang merupakan fardhu ‘ain bagi umat Islam. Disamping itu juga ia merangkumi kesemua ilmu-ilmu untuk dipelajari baik ilmu alam, sosial,kemanusiaan, personaliti dan lain-lain lagi.Kita dapat lihat kembali dimana masjid sebai sebuah tempat bagi menuntut ilmu semasa di zaman Raja Melayu Melaka. Penyebaran agama Islam yang berleluasa di masjid-masjid di Melaka membuktikkan yang sejarah pembelajaran agama sudah lama wujud di dunia ini.


3. Sebagai tempat pembinaan jama’ah dan musyawarah. 

Dengan adanya umat Islam di sekitarnya, masjid berperanan besar dalam menyatu-padukan ummah serta potensi dan kepemimpinan umat Islam. Perpaduan ini mampu dalam membina keimanan, ketaqwaan, ukhuwah imaniyah dan dakwah islamiyahnya. Sehingga Masjid menjadi asas umat Islam yang kukuh dan kuat. 


4. Sebagai pusat dakwah dan kebudayaan Islam.


Menurut Imam Besar Masjid Kota Raja, masjid merupakan nadi umat Islam dalam menyebarkan dakwah islamiyah dan budaya Islam ke seantero dunia. Kita dapat lihat didalam karya idarah masjid yang diselenggarakan di Jakarta oleh KODI DKI pada tanggal 9-10 November 1974 telah merumuskan pengertian istilah Masjid sebagai berikut: "Masjid ialah tempat untuk beribadah kepada Allah semata dan sebagai pusat kebudayaan Islam". 

Pemahaman tersebut menunjukkan bahwa Masjid harus bebas dari perkara atau aktiviti yang mensyirikkan dan harus dibersihkan dari semua kegiatan-kegiatan yang cenderung kepada kemusyrikan. Disamping itu kegiatan-kegiatan sosial yang dijiwai dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dapat diselenggarakan di dalamnya. Seperti firman Allah:

“ Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (QS 72:18, Al Jin). 

Pengertian masjid sebagai tempat ibadah dan pusat kebudayaan Islam telah memberi warna tersendiri bagi umat Islam masa kini. Tidaklah menghairankan bila suatu saat nanti, insya Allah, kita pasti akan menjumpai masjid yang telah dikelola dengan baik, terjaga kebersihan, kesempurnaan dan keindahannya.


5. Tempat pengislaman saudara baru Islam dan perkuburan bagi anak-anak qariah.

         Menurut Imam Haji Yusof, setiap masjid mampu membawa peranan dalam menyebarkan agama Islam sebagai agama yang sebenar-benarnya. Mengikut cerita mengenai saudara baru iaitu Muhammad Syukri Abdullah ( atas kebenaran pihak tertentu) yang telah pun meninggal dunia, diceritakan oleh Imam Haji Yusof sendiri serta isteri beliau dan saksi atau rakan kepada arwah iaitu Puan Bashirah Bt. Elias, mengenai arwah Muhammad Syukri merupakan seorang yang beragama Buddha dan berbangsa Cina memeluk Islam sewaktu dibangku sekolah menengah, menyatakan kesudian dalam memeluk agama Islam tanpa pengetahuan keluarga kerana takut keluarga tidak akan membiayai yuran atau keperluan arwah sewaktu masih menuntut. Sehinggalah arwah menyambung pengajian di Indonesia dimana arwah berkahwin dengan isterinya yang juga warganegara dan dikurniakan anak. Arwah merupakan sorang guru di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Penerimaan keluarga arwah selepas mengetahui arwah memeluk Islam adalah baik sekali. Arwah yang tinggal bersama keluarganya yang beragama Buddha, mengamalkan hidup seperti biasa tapi arwah mengasingkan perkakasan memasak di antara kegunaan arwah dan keluarganya bagi mejaga halal dan haram dari sumber yang baik. Al-Fatihah buat arwah. 


 Kesimpulan:

Masjid merupakan segala-galanya bagi umat Islam dalam mencari nilai-nilai Islam. Namun begitu seperti firman Allah s.w.t:

“ Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (QS 72:18, Al Jin). 

Sebaik-baiknya penggunaan haruslah berdasarkan apa yang telah diajarkan seperti Islam, semoga kita umat Islam akan kembali wujudnya kesedaran dalam kembali mengimarahkan rumah-rumah ibadat atau masjid. Sesungguhnya, dengan kembali mewujudkan ikatan dalam menyemarakkan kembali solat secara berjemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan mampu mendekatkan diri dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t.




Bibliografi:

1)     Adnan Zulfiqar. Pengertian dan istilah masjid.
 Diperoleh September 20, 2010, dari http://www.renaissance.com.pk/febq52y3.html

2)     Emerick, J, Yahiya. (2002).  The Complete Idiot's Guide to Understanding Islam.
(1st ed.). Penguin Group, Inc. .

3)     Emerick, J, Yahiya. (1998), Isabella A Girl of Muslim Spain.
(1st ed.).  Amirah Publishing.

4)     Quran, A. (1996). Tafsir Pimpinan al Rahman Kepada Pengertian al Quran 30 Juzuk. (S. A. Basmih, Trans.) Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Islam.


       






No comments:

Post a Comment